Khamis, 9 Februari 2023

NAK DAPAT KESIHATAN YANG BAIK, JOMLAH TRY BUAT INTERMITTENT FASTING (IF)

Assalamualaikum & Selamat Malam.

Pernah tak dengar tentang Intermittent Fasting singkatannya IF.

Tahu tak apa maksudnya? Meh Nisah kongsikan maksud, panduan dan manfaat IF nie.

Maksud  Intermittent Fasting
Lebih senang untuk difahami, seperti puasa yang kita lakukan pada Bulan Ramadhan. Membezakan adalah kita yang tentukan hidangan makanan dengan cara berpuasa selama beberapa waktu tertentu
. Dalam jangka waktu ini, kita dibolehkan untuk minum.

Selain itu, Intermittent Fasting juga boleh dipanggil sebagai satu kaedah bagi mendapatkan gaya hidup yang sihat.


4 Panduan Jadual Intermittent Fasting

Berikut merupakan antara panduan jadual IF sebagai rujukan anda.


1. Jadual IF 16:8

Anda berpuasa selama 16 jam dan tempoh untuk makan selama 8 jam.

Kaedah ini boleh dilakukan dengan berhenti makan pada pukul 8 malam dan makan semula pada jam 12 tengahari hari berikutnya.


2. Jadual IF 5:2

Kaedah ini, 5 hari untuk anda makan seperti biasa dan 2 hari berpuasa.

menghadkan hari berpuasa kepada dua hari.

Anda boleh memilih hari yang tidak sibuk ataupun boleh juga amalkan berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis setiap minggu jika mahu.


3. Jadual IF Eat Stop Eat

Lakukan dengan makan seperti biasa pada hari Ahad, berpuasa

dari malam ahad hingga sepanjang hari Isnin dan makan semula
dari sarapan hari Selasa.

Ulangi semula kaedah tersebut.


4. Jadual IF Alternate Day Fasting

Kaedah ini melibatkan anda untuk berpuasa secara berselang seli dengan makan seperti biasa.

Contoh Hari Isnin makan, Hari Selasa puasa, Hari Rabu makan semula.

Penting!! Hari tidak berpuasa, pastikan makanan yang dimakan adalah penuh dengan nutrisi dan tidak berasaskan karbohidrat dan gula.


Kebaikan Intermittent Fasting
  1. Mengurangkan risiko kanser
  2. Meningkatkan kesihatan jantung
  3. Mengurangkan peratusan lemak dalam badan
  4. Mengurangkan selera makan dan menggalakkan penurunan berat badan
  5. Mengekalkan struktur otot dalam proses penguraian
  6. Memperbaiki kandungan gula dalam darah
  7. Meningkatkan fungsi kognitif

Selain itu, anda juga boleh mencuba Set Intermittent Fasting Shaklee.
Set ini dapat membantu anda menurukan berat badan dengan cepat dan selamat.


Nak Dapatkan Set IF dan Cara Pengambilan yang betul?

Klik link dibawah ye 👇


#shakleethrive23 #shakleetriump23 #blogmegashaklee

Jemput singgah ke entry Kurus dengan Cara Diet Intermittent Fasting
untuk info lebih lanjut.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TIPS KURUS DENGAN CEPAT

Assalamualaikum & Selamat Petang💚 Menjadi impian setiap orang yang berisi atau berbadan besar untuk dapat berat badan yang ideal kan ( ...