Menjadi impian setiap orang yang berisi atau berbadan besar untuk dapat berat badan yang ideal kan (kurus dengan cepat). Tapi kadang-kadang, datang mood kelaut.
Mulalah azam tue jadilah bualan dari tahun ke tahun. Sudahnya tak kurus-kurus. Betul tak?
Ok, sebelum Nisah teruskan entry kali ini, sedikit info mengenai masalah obesiti.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), masalah obesiti ini telah menjadi salah satu daripada kebimbangan kesihatan awam dunia sejak tahun 1975.
Menurut laporan daripada pihak WHO, seramai 2.8 juta individu dari seluruh dunia meninggal dunia disebabkan masalah berkaitan obesiti.
Di Malaysia pula, kadar kelaziman kes obesiti adalah yang paling tinggi dalam kalangan negara-negara Asia Tenggara.
Malaysia mencatatkan 15.6% kadar obesiti berbanding Indonesia (6.9%) dan Thailand (10.0%).
Sebanyak 50.1% individu dewasa di Malaysia mengalami berat badan berlebihan atau obes ๐ฒ
Bukan angka peratus yang rendah ye. Hanya 49.9% sahaja individu dewasa yang berjaya mengekalkan berat badan ideal. Selain itu juga, masalah obesiti nie juga boleh mendatangkan pelbagai penyakit.
Hah, ini kajian daripada WHO tau. Jika anda ada azam untuk kurus dengan cepat dan sihat. Meh Nisah kongsikan tips kurus dengan cepat. Mudah-mudahan tips yang diberikan dapat dipraktiskan dan anda dapat berat badan seperti yang di impikan..
6 Tips Kurus Dengan Cepat Pertama : KURANGKAN PENGAMBILAN KALORI.
Kawal Kalori |
Sekiranya pengambilan kalori melebihi tenaga yang diperlukan, maka pembakaran lemak tidak akan terjadi. Sebab itu lah berat badan anda makin bertambah kerana lemak banyak terkumpul dalam tubuh badan.
Jika anda betul tekad untuk kurus, catat dan kira kalori yang diambil setiap hari. Bagi seorang lelaki dewasa memerlukan sekitar 2,500 kalori setiap hari.Manakala wanita dewasa pula hanya memerlukan sekitar 2,000 kalori setiap hari.
Kedua : ELAKKAN PENGAMBILAN MAKANAN BERLEMAK DAN BERGORENG.
Elakkan makanan bergoreng & berlemak |
Pilih makanan yang dikukus, dibakar, dan digrill. Kurangkan garam & gula dalam masakan. Elakkan penggunaan serbuk perasa. Untuk sayur-sayuran, ulam-ulaman adalah lebih baik berbanding sayur yang digoreng. Digalakkan juga mengambil buah-buahan.
Ketiga : BANYAKKAN MINUM AIR MASAK.
Pengambilan Kuantiti Air Masak |
Kajian mendapati bahawa, dengan minum air masak dapat meningkatkan metabolisma badan sebanyak 24-30% dalam jangka masa 1 ke 1.5 jam. Oleh itu, dapat membantu tubuh membakar lebih banyak kalori.
Paling mudah dan kurus dengan cepat, hentikan pengambilan minuman manis. Jika anda berjaya amalkan minum air masak secara konsisten, Nisah yakin anda akan mampu untuk kurus dalam masa yang singkat.
Keempat : LAKUKAN SENAMAN
Senaman Kardio |
Senaman bukan sahaja membantu untuk membakar kalori, malah ia juga membantu untuk muscle toning.
Senaman kardio sangat membantu untuk anda kurus. Di antara jenis senaman kardio ialah berlari, mengayuh basikal, berenang, lompat tali skipping.
Minimum ialah 20 minit 3 kali seminggu. Kalau dapat lagi kerap & lebih lama, lagi membantu untuk anda kuruskan badan. Jaga pemakanan, rajin bersenam, pasti anda akan kurus.
Kelima : BUAT INTERMITTENT FASTING ATAU BERPUASA SEKEJAP
Set Kurus |
Testimoni Set Kurus |
Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang cara dan manfaatnya, anda boleh lihat pada entry Nisah sebelum ini, Intermittent Fasting.
Untuk lebih mudah dan berkesan, anda boleh cuba dapatkan Set Kurus nie. Senang untuk disediakan, anda dapat berat badan idaman dan kekal sihat serta bertenaga.
Keenam : DAPATKAN TIDUR YANG CUKUP
TIDUR SECUKUPNYA |
Percaya tak, orang yang tidak cukup tidur secukupnya akan susah untuk turunkan berat badan? Sebab apa, bila anda tidur lambat, berjaga sampai pukul 3.00 pagi, mesti anda akan rasa lapar. Bila lapar mulalah nak makan. Betul kan?
Harap anda boleh amalkan dan cuba tips yang Nisah kongsikan nie ye. Ingat!
Jangan culas, kekal disiplin jika ingin kurus!
Selain tue, nak dapatkan maklumat lanjut dan nak NIsah bantu cara pengambilan Set Kurus dengan berkesan. Boleh klik link dibawah ye.
TEKAN LINK INI ;
https://www.wasap.com/0179547357/SetKurusCepat
#ShakleeThrve23
#ShakleeTriumph23
#BlogMegaShaklee
#NextLevelBlogging
Jemput juga singgah media sosial Nisah.
FB : Saiyidah Hanisah Osman
TikTok : SaiyidahHanisahOsman